YM turun bantu Puan Azizah sekeluarga

Pasir Puteh, Kelantan – Puan Azizah menghidap penyakit yang sangat teruk. Beliau dijaga oleh anak tunggalnya yang terpaksa berhenti setengah jalan dalam pendidikannya di University Teknologi Petronas (UTP). Hal ini kerana, suami beliau adalah pesakit strok. Anaknya menjaga mereka sepenuh masa dan sangat-sangat memerlukan bantuan dari segi keperluan perubatan dan makanan asas.

Ketika pasukan YM dalam perjalanan ke rumah beliau pada 13 September 2024, mereka dikejutkan dengan berita bahawa Puan Azizah terpaksa dimasukan ke dalam wad kerana tekanan darahnya meningkat. Ini diberitahu oleh anaknya, oleh itu, kami melawat beliau di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Kami hanya dapat melawat kerana beliau tidak sedarkan diri.

Pada 14 September, kami menghantar barangan keperluan ke rumah beliau yang disambut oleh En Rashid, suami kepada Pn Azizah kerana beliau masih diwadkan dan anaknya menjaganya.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial