Bukan semua lahir dengan pancaindera yang sempurna, begitulah nasib adik Yusof ini yang dilahirkan OKU pendengaran. Beliau mendapatkan rawatan seawal umur 3 tahun. Rawatan implan koklea ini dilakukan bagi membantu OKU pendengaran untuk mendengar seperti orang yang sempurna pancainderanya.
Tidak dilemahkan oleh kekurangan, beliau sangat giat dan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolahnya sehingga dapat mewakili sekolah di peringkat kebangsaan dalam pelbagai acara.
Yayasan Maghfirah hanya membantu sedikit dari segi kewangan untuk menanpung kos alat pendengaran beliau. Ini hanya dapat dilakukan berkat sumbangan para penyumbang-penyumbang YM.