Alhamdulillah.. Antara lagi hasil kerjasama antara Yayasan Maghfirah (YM) dan CRSM. Harini, mereka telah selesai membantu seorang pesakit yang perlu di “Transfer Case Outstation” dariTeras Jernang ke Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan.
Pesakit merupakan seorang pekerja kontrak (bahagian electrical) di Bangunan SUK Shah Alam. Beliau telah jatuh dan terus mengalami mengalami hemiplegia (lumpuh sebelah badan) sebelah kiri.
Dua tahun yang lalu, pesakit pernah mengalami stroke ringan (minor stroke) dan kini terus hilang pendapatan kerana tidak dapat bekerja.
Marilah kita, bersama-sama mendoakan supaya segala urusan pesakit dan waris pesakit diberikan kemudahan oleh Allah SWT.