YM sedia bekerjasama dengan Community Relief Society Malaysia (CRSM)

Alhamdulillah, pada hari Khamis bersamaan 1 Jun 2023 ini pihak Yayasan Maghfirah (YM) mengadakan pertemuan kali ke-2 bersama pihak Community Relief Society Malaysia (CRSM). Pertemuan ini adalah untuk pihak YM mengemukakan berkenaan terma-terma kerjasama yang ingin dibuat bersama pihak CRSM.

Sebagai makluman, pihak CRSM merupakan satu persatuan yang menyediakan khidmat ambulan di sekitar komuniti Selangor dan Kuala Lumpur. Tambahan itu, mereka juga mempunyai cawangan di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Perak.

Antara fokus mereka adalah untuk bantu mereka yang memerlukan khidmat ambulan seperti pesakit yang terlantar, tidak ada kenderaan yang sesuai untuk bawa pesakit dan sebagainya. Selain itu juga, pihak CRSM juga menyediakan khidmat latihan perubatan, ceramah kesihatan dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

Oleh itu, pihak YM berhasrat untuk mengadakan kerjasama baik bersama pihak CRSM di mana perkhidmatan ambulan ini akan diberikan kepada pesakit yang tergolongan dalam golongan asnaf/B40, fakir miskin sekaligus dapat meringan beban golongan tersebut untuk datang mendapatkan rawatan di hospital.

Pada pertemuan kali ini, satu perbincangan lebih terperinci telah dibincangkan dan diusulkan di antara kedua-dua belah pihak. Semoga, dengan hasrat baik ini dapat memerikan manfaat kepada golongan asnaf/B40 yang memerlukan.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial