Kuantan, Pahang – Hujan lebat berterusan yang melanda daerah Kuantan hingga mengakibatkan banjir di beberapa lokasi seperti di Sungai Lembing, taman perumahan Sungai Isap Damai, Kampung Gudang Rasau dan kampung Cendering.
Sementara itu, data berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan tiga sungai di daerah ini melepasi paras bahaya pada jam 8 pagi. Sungai terbabit ialah Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Seri Damai.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.50 pagi ini memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang. Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang iaitu di daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong. Oleh itu, Ym meminta masyarakat yang berada di lokasi berkenaan untuk sentiasa berwaspada untuk sebarang kemungkinan.
Kini Skuad Kita Bantu (SKB) dalam persiapan untuk merancang strategi ke sana. Team SKB kini sedang mengumpulkan sukarelawan di seluruh Malaysia yang ingin turut membantu dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.
Antara perancangan ketika ini adalah untuk memberikan bantuan pek makanan siap masak(Maghfirah Meal), barangan keperluan, kelengkapan tidur, kit Kebersihan, tuala wanita, lampin bayi, dan kit emosi.
InshaAllah segala perkembangan akan dikemaskini dari masa ke samasa.