Perut Ayra ini ada port tube untuk kami salurkan susu khas kepada dia”. Derita adik Ayra terus didengari Yayasan Maghfirah.

Lebih 2 tahun Adik Ayra tidak mampu makan, minum dan bermain seperti kanak-kanak biasa kerana menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 sejak lahir.

Adik Ayra, 2 tahun 6 bulan menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 sejak lahir.

“Harapan saya, saya cuma berharap anak saya kuat, terus kuat dan boleh tahan lama. Semoga dia kuat dan sihat.” kata En. Daniel, bapa adik Ayra.

Ayra yang berusia 2 tahun 6 bulan, kini sedang mengalami penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) type 1 sejak lahir yang telah menyebabkan masalah pada perkembangan saraf sehingga mengakibatkan otot menjadi lemah sehingga memberi kesan kepada daya pernafasannya dan pergerakannya. Sehingga kini juga, Ayra masih tidak boleh berjalan atau bergerak seperti kanak-kanak normal.

“Perut Ayra ni ada port tube untuk kami salurkan susu khas kepada dia,” jelas bapa adik Ayra. Ayra tidak mampu untuk minum kerana kelemahan otot di sekitar organ di mulutnya.

 

Ayra turut mengalami masalah pernafasan sehingga menyebab paru-parunya kecut. Oleh itu, untuk bantuan awal pihak YM telah menyalurkan bantuan alat pernafasan dan tajaan sewaan mesin bipap. Bantuan alat pernafasan Nasal Mask Vented Child dan mesin Bipap ini disumbangkan oleh YM pada 8 September 2022 lalu ketika adik Ayra dirawat di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

Di bawah kempen Iqbal Khalid Initiative, alhamdulillah team Yayasan Maghfirah (YM) telah berjumpa dengan keluarga En. Daniel serta telah menziarahi anaknya pada 12 Oktober lalu untuk melihat keadaan semasa tentang perkembangan rawatan yang dijalani oleh Ayra. Kedatangan kami disambut ceria oleh Ayra, dengan senyuman dan tawanya, walaupun beliau tidak mampu berdiri.

 

Tidak tergambar sakit yang dirasai oleh si kecil ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Ayra. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mahu menyumbang melalui Tabung Iqbal Khalid Initiative YM, boleh klik pautan di bawah:

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial