logoYM2022_melintang.png

95 Sukarelawan Skuad Kita Bantu Mula Bertolak ke Terengganu

95 Sukarelawan Skuad Kita Bantu Mula Bertolak ke Terengganu

27 Disember 2022 – 95 Sukarelawan Skuad Kita Bantu akan ke Kelantan dan Terengganu dalam Misi Bantuan Bencana. Misi ini melibat 2 tempat iaitu SK Kubang Kuau, Jertih, Terengganu dan Kampung La, Rantau Panjang, Kelantan. Misi ini akan mengambil masa 3 hari iaitu bermula hari ini hingga Khamis, 29 Disember 2022. Objektif Utama Misi kali ini adalah untuk pembersihan dan agihan bantuan. Sebanyak 40 Maghfirah Meal dan 60 Quran akan diagihkan di setiap tempat. Misi pembersihan pula kini sudah boleh dimulakan setelah beberapa kawasan air telah mula surut. 

Misi ini melibatkan 4 Buah Kenderaan iaitu 2 Buah Bas, 1 Jenis Pacuan 4 roda(4×4), dan Van YM. Untuk tambahan, Van ini merupakan hasil sumbangan tuan puan untuk Kempen Infaq Van Operasi YM. Van ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan operasi dan dakwah Yayasan Maghfirah. 

Yayasan Maghfirah kini akan terus bersiap siaga dari segi tenaga dan bantuan bagi sebarang kemungkinan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Sebagai tanda sokongan, anda boleh menjadi sebahagian dari ahli Skuad Kita Bantu dan boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana. Selain itu juga, anda boleh menyumbang dalam penajaan Maghfirah Meal untuk mangsa-mangsa bencana di Seluruh Malaysia. Semoga setiap yang dilakukan kita diberikan Pahala yang besar dan berpanjangan di sisi Allah.
Selain itu anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa di sosial media kami.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial