logoYM2022_melintang.png

411 pelajar asnaf sekitar Selangor dan KL jalani kem Modul Solat anjuran Yayasan Maghfirah

411 pelajar asnaf sekitar Selangor dan KL jalani kem Modul Solat anjuran Yayasan Maghfirah

Ini merupakan program hasil sumbangan anda melalui  Yayasan Maghfirah bagi membuka peluang kepada golongan asnaf mempelajari Al-Quran

Kelas mengaji dan modul ibadah berjaya membina jati diri muslim anak-anak asnaf yang hadir ke kelas SAQ. Program ini melibatkan sebanyak 14 cawangan Kelas SAQ di sekitar KL dan Selangor yang dikendalikan oleh YM.

Pada hari pertama kelas SAQ telah melaksanakan kelas mengaji bersama guru-guru dalam berkumpulan. Kemudian pada hari kedua kelas SAQ, guru-guru telah melaksanakan salah satu modul SAQ bertajuk “Solat Berjemaah” beserta aktiviti.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti aktiviti mewarna gambar orang sedang solat bagi tahap 1 manakala pelajar tahap 2 melakukan aktiviti teka silang dan membuat praktikal amali solat berjemaah sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Pelajar Kelas SAQ tekun, teruja dan bersungguh-sungguh melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan dengan bantuan guru SAQ.

Ini merupakan hasil sumbangan yang menjadi satu titik tolak dalam usaha Yayasan Maghfirah dalam membentuk jati diri pelajar untuk lebih menerapkan ilmu Al-Quran dan fahaman dalam ibadah seharian. Semoga dengan usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar SAQ dalam memberi kefahaman Islam sekaligus dapat membina sahsiah manusia yang berteraskan Al-Quran.

Anda boleh memberikan sokongan anda melalui sumbangan kepada Kempen Sahabat Al-Quran.
Anda boleh klik Link di bawah sekarang.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial