logoYM2022_melintang.png

37 Peserta OKU bakal bertanding dalam MAJLIS TILAWAH QURAN BRAILLE 2022

37 Peserta OKU bakal bertanding dalam MAJLIS TILAWAH QURAN BRAILLE 2022

Yayasan Maghfirah bersama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) menganjurkan Majlis Tilawah Quran Braille 2022 (MTQB) pada kali ini. MTQB ini merupakan kali kelima diadakan sejak tahun 2017. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu tilawah Quran kategori lelaki, tilawah Quran kategori perempuan, hafazan kategori lelaki, hafazan kategori perempuan, dan tilawah Quran saudara baru.

Sejumlah 32 orang peserta OKU Penglihatan dari seluruh negeri hadir bertanding dalam Majlis Tilawah Quran Braille 2022 (MTQB). MTQB ini berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas pada 2 Disember 2022 dan berakhir pada Ahad 4 Disember 2022.

Ini merupakan usaha Yayasan Maghfirah (YM) yang komited dalam menjalankan kempen dan program yang boleh membaiki taraf kehidupan masyarakat termasuk golongan OKU, baik OKU Penglihatan, OKU Fizikal, OKU Pendengaran mahupun OKU Pembelajaran, kesemuanya YM santuni melalui empat buah teras antaranya merangkumi bantuan terapi, bantuan alatan perubatan dan banyak lagi.

Alhamdulillah, melalui sumbangan masyarakat kepada YM, kami telah menyalurkannya kepada PERTIS bagi membeli 10 buah mesin cetak Braille, khas untuk mereka mencetak lebih banyak Al-Quran Braille.

Selain itu, YM juga menyampaikan dana masyarakat kepada PERTIS bagi membolehkan mereka memberikan lebih 3,000 naskhah Al-Quran Braille secara percuma kepada golongan OKU Penglihatan. Terkini, melalui Kerjasama YM dan PERTIS, kita sedang berusaha mendapatkan sebuah bangunan yang lebih selesa dan lengkap bagi kegunaan PERTIS untuk kelas-kelas pembelajaran Al-Quran Braille dan program keilmuan”

Hal ini bagi memastikan golongan OKU di negara ini terutamanya OKU Penglihatan tidak ketinggalan dalam sama-sama memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, dengan adanya program seumpama ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat umum bahawa golongan OKU Penglihatan juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka dalam mempelajari dan membaca Al-Quran walaupun dengan kekurangan yang dimiliki.

Program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat di luar sana mengenai cara-cara yang digunakan oleh golongan OKU Penglihatan untuk mempelajari dan membaca Al-Quran.” YM ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya bersama-sama menyokong dan membantu golongan kelainan upaya agar mereka dapat hidup lebih baik di dalam masyarakat.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial