logoYM2022_melintang.png

3 Tahun tidak mampu mendengar Perlukan pembedahan segera!

3 Tahun tidak mampu mendengar Perlukan pembedahan segera!

Bayi alami ketidakupayaan pendengaran tahap sangat teruk(profound hearing loss) perlukan kos pembedahan segera. Pembedahan ini sangat penting terutama untuk pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak.
3/1/2022 – Sudah berusia 3 tahun tetapi masih tidak dapat mendengar disebabkan ketidakupayaan pendengaran tahap sangat teruk(profound hearing loss). Adik Amsyar juga memiliki kad OKU. Adik Amsyar juga memerlukan terapi secara mingguan, ibu bapa adik amsyar juga wajib mengikut sama supaya dapat dipraktikkan di rumah.
 

Oleh itu, Adik Amsyar perlu dibedah segera. Ini bagi mengejar golden age waktu kanak-kanak supaya cepat dalam belajar bercakap, mendengar, memahami, dan bertindak-balas.  Adik Amsyar kini kerap menjalani audio terapi dan terapi percakapan di Hospital Sungai Buloh. Keadaan Adik Amsyar kini hanya memakai hearing aid tetapi alat tersebut tidaklah terlalu membantu. Walaupun terapi percakapan sering dilakukan, namun adik amsyar tidak memberi tindak balas positif seperti kanak-kanak seusianya.

Kini, YM giat mengumpulkan dana pembedahan sejumlah RM109,910. Ini membolehkan adik amsyar melakukan pembedahan implant koklea.
Sebelum ini, YM telahpun membantu pesakit lainnya iaitu adik Nailah dan juga Adik Iman.

Sebagai tanda menyokong dan membantu, YM mengajak anda semua untuk mari menyumbang ke kempen Iqbal Khalid Initiative (IKI). Semoga dengan bantuan ini,  lebih ramai golongan pesakit yang dapat kita bantu.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial