logoYM2022_melintang.png

2804 Mangsa Banjir ketika ini akan terus meningkat

2804 Mangsa Banjir ketika ini akan terus meningkat

Jumlah mangsa banjir mengikut negeri setakat ini adalah Kelantan(1981), Pahang(433), Perak(171), Terengganu(115), dan Johor(51). Jumlah ini akan terus meningkat sekiranya hujan lebat masih berterusan.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu dan Johor menunjukkan peningkatan berbanding Isnin, manakala di Kelantan kekal. Jumlah mangsa banjir mengikut negeri setakat ini adalah Kelantan(1981), Pahang(433), Perak(171), Terengganu(115), dan Johor(51).

PerakSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, Sungai Triang di Bera melebihi paras bahaya manakala dua lagi sungai di paras amaran ialah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Jempol di Maran. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula meramalkan Pekan bakal mengalami hujan pagi ini, manakala Temerloh dan Bera dijangka hujan pada petang serta malam.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan lebat akan melanda beberapa daerah iaitu Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan bacaan paras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat melepasi paras amaran dengan bacaan 19.79 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada paras amaran iaitu sembilan meter.

Yayasan Maghfirah kini sedang merangka strategi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kawasan. Sebagai tanda sokongan, anda boleh membantu mengikut keupayaan sama ada dari segi tenaga dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Anda juga boleh menyumbang untuk makanan siap masak(Maghfirah Meal), ini bagi memastikan mangsa-mangsa dapat bekalan makanan berat yang mencukupi dan secara panas. Anda juga boleh membantu dari segi kewangan untuk sebarang urusan bantuan semasa bencana.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial