Alhamdulillah, pada 4 dan 5 Julai kelmarin YM baru sahaja selesai Training Jabatan Pendanaan, Pemasaran, dan Media Kreatif. Training yang di jalankan di Blik Seminar Bangi dan Kajang itu berjalan dengan jayanya.
YM telah menghantar seramai 30 orang pekerja daripada jabatan pendanaan dan juga media kreatif bagi menjalani latihan kemahiran dalam penghasilan video dan konten.
Latihan yang dijalankan selama 2 hari ini bertujuan memperkasa kemahiran kakitangan di jabatan yang terlibat disamping bagi menghasilkan kualiti kerja dan perkhidmatan buat para penyumbang juga masyarakat yang disantuni.
Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dengan baik demi meningkatkan kepercayaan dari segenap masyarakat.
Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah
#JabatanPendanaan
#JabatanMediaKreatif
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM