“Tiada modal perniagaan, akak terpaksa buat macam ni”

Syukur kepada hadrat illahi pada kali ini, Yayasan Maghfirah (YM) menyantuni puan Arisyamimi yang merupakan penjual aiskrim untuk menyara dua orang anaknya yang berumur 6 tahun dan 2 tahun.

Puan Arisyamimi menjual aiskrim sebagai sumber pendapatan tetapi hasil ziarah kami ke rumahnya, kami mengetahui bahawa Puan Arisyamimi tidak dapat meneruskan lagi jualannya disebabkan tiada modal.

Kami terharu, sebab puan Arisyamimi tetap berusaha mencari modal perniagaannya dengan mengambil upah menjaga anak jagaan. Katanya, “hasil duit jaga anak orang lain ni, saya buat modal niaga”.

Akibat tiada sumber pendapatan ketika ini, kami pihak YM terbuka hati untuk membantu puan Arisyamimi dan keluarga dengan menyediakan barang-barang keperluan asas seperti beras, tepung, gula, garam dan banyak lagi serta kami berikan susu dan pampers kanak-kanak. Diharapkan pemberian ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung olehnya.

Pihak YM mendoakan agar ketabahan usaha puan Arisyamimi dalam menyara anak-anaknya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. In shaa Allah

Terima kasih kepada para penyumbang. Teruskan menyumbang, supaya dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang memerlukan bantuan.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial