Kuantan – Alhamdulillah, kami Yayasan Maghfirah berkesempatan untuk menziarahi adik Syafiq di Kuantan, Pahang. Adik Syafiq telah selesai menjalani pembedahan implan koklea pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pada hari ini, adik Syafiq perlu hadir ke sebuah klinik audiologi bagi proses menghidupkan alat implan koklea seterusnya melihat tindak balas selepas dihidupkan.
Untuk makluman, alat implan koklea tidaklah murah dan harganya boleh mencecah sehingga RM82,000. Alhamdulillah hasil sumbangan daripada orang ramai, kami berjaya menyalurkan bantuan pembelian alat tersebut separuh daripada jumlah harga yang asal.
Alhamdulillah keadaan adik Syafiq pada ketika ini dalam keadaan yang baik. Sama-sama kita doakan kesembuhan untuk adik Syafiq.