Selangor – YM bantu asnaf ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha. Sebanyak 40 ekor lembu dan 10 ekor kambing yang dibeli oleh penyumbang yayasan diagihkan bagi golongan asnaf seperti ibu tunggal, anak yatim dan OKU dalam negara termasuk pedalaman Sabah.
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri turun membantu ringankan beban beban golongan asnaf dengan bersama-sama YM mengagihkan daging korban.
Beliau berkata “Agihan daging korban kepada asnaf adalah satu benda yang baik untuk dilakukan, kerana golongan ini memang memerlukan bantuan.”
“Kita tidak tahu, mungkin mereka dah lama tak makan daging, nak beli pun mahal.”
“Jadi pandangan saya, apa yang dilakukan Yayasan Maghfirah, patut dipuji. Bila kita agihkan daging korban, maknanya kita bagi bantuan. Ia satu hal yang murni.”
“Ramai yang terkesan dek PKP dan PKPD. Ada antara mereka yang tidak boleh bekerja sehingga hilang punca pendapatan.”
“Justeru, saya berpendapat bahawa bantuan sebegini diberikan kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sangat tepat,” ujarnya.
Setiap keluarga asnaf akan menerima 1 kilogram daging korban. Projek Korban Untuk Ummah ini juga turut dilaksanakan di beberapa negara luar iaitu Mekah, Afrika, Indonesia, Mesir dan Kemboja khas untuk golongan asnaf Muslim di sana.
Ayuh bantu asnaf dan be golongan-golongan yang memerlukan bersama YM dengan menyumbang ke kempen-kempen kami dengan menekan link di bawah