Kajang – Pada 22 September 2024 (Ahad), program Pembimbing Tahsin Solat telah dianjurkan oleh YM yang bertempat di Pusat Komuniti Anjung Budi, Kajang. Program berbentuk daurah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pembimbing Tahsin Solat.
Tahsin Solat secara terus bermaksud memperelokan solat. Modul daurah ini memberi pendedahan tentang kesilapan-kesilapan kecil yang sering berlaku ketika solat dan cara-cara solat yang lebih baik. Maklumat lanjut tentang Tahsin Solat boleh dibaca di website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menekan link di bawah.
Bagi mereka yang ingin dan berminat untuk mengetahui dan mengikuti program-program kami yang akan berlangsung boleh ikuti kami di Facebook dan Telegram kami.