1. Turunnya Kitab Suci, Al-Quran
Al-Quran merupakan kitab suci yang Allah SWT turunkan ke muka bumi ini untuk dijadikan panduan dan pengajaran hidup. Mukjizatnya Al-Quran ini, Allah telah jamin kesucian dan keaslian kandungannya hingga hari kiamat.
Al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadan. Wahyu pertama Nabi Muhammad SAW yang diturunkan iaitu Surah al-‘Alaq melalui Malaikat Jibril. Surah ini mengandungi makna yang sangat kuat, dan bagus untuk dijadikan pedoman hidup, dengan ayat pertamanya yang bermaksud,
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”
[Surah Al-‘Alaq, 96:1]
2. Pembebasan Kota Mekah (Fathul Makkah)
Pada 21 Ramadan tahun ke-8 Hijrah (630 Masihi), berlakunya pembukaan Kota Mekah menjadi salah satu peristiwa penting dalam Islam yang telah berlaku di bulan yang mulia ini. Peristiwa ini tercatat dalam al-Quran pada surah An-Nasr.
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
[Surah An-Nasr, 110:1-3]
Peristiwa ini berlaku setelah orang Quraisy berlaku khianat dengan melanggar salah satu perjanjian dalam Perjanjian Hudaibiyyah. Nabi Muhammad SAW menggerakkan tentera ke Mekah secara rahsia bagi mengelakkan daripada rancangan diketahui.
3. Perang Badar
Perang Badar merupakan perang pertama yang terjadi dalam Islam. Berlaku pada 17 Ramadan, tahun ke-2 Hijrah. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang dengan peralatan yang serba kekuarangan manakala tentera Musyrikin pula berjumlah 1,000 orang dengan peralatan perang yang lengkap. Tidak sedikit pun ini mematahkan semangat Nabi Muhammad SAW dan orang Islam.
Peristiwa inilah yang memberikan pengajaran kepada kita untuk usaha, dan bertawakal kepada Allah kerana jika Allah berkehendak, maka ia akan berlaku.
1 thought on “Peristiwa-peristiwa Penting di Bulan Ramadan”
Pingback: Fadhilat Ramadan | Yayasan Maghfirah