Pelancaran kempen Malaysia sejahtera tanpa arak

“Seorang lelaki diliwat bergilir-gilir oleh 2 orang lelaki mabuk”

  https://bit.ly/3Hc7j0O 

“Kakak sulung berumur 16 tahun terpaksa menjaga 5 beradik kecil kerana kematian ibu bapa yang dibunuh pemandu mabuk” https://bit.ly/3AD7z6O “Pemandu mabuk membunuh ibu bapa kepada dua beradik kecil berumur 8 tahun dan 6 tahun” https://bit.ly/33ZYrgD “Pemandu Mabuk hanya cedera ringan selepas membunuh warga emas” https://bit.ly/3g2HowK 

4 kes bunuh dan rogol ini antara banyak kes yang disebabkan oleh bahana arak. Akibat arak yang durjana, seorang pereka dalaman menjadi pembunuh, peraih ikan menjadi pembunuh, 2 orang lelaki menjadi perogol. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tertanya-tanya. Sampai bila pembunuh dan perogol yang disebabkan arak ini akan terus berleluasa? Walaupun terdapat hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan ini, namun kelihatan seperti mereka ini tidak takut dengan hukuman ini. 

Adakah undang-undang di Malaysia ini tidak lagi mampu untuk menegah mereka daripada menyalahgunakan arak? Dengan rasa tanggungjawab, ISMA dan Yayasan Maghfirah bersama pelbagai NGO seperti PEACE, Indahnya Islam, PEMBELA dan ACCIN membawa satu kempen gergasi kepada rakyat Malaysia berkenaan bahaya arak kepada masyarakat. 

Kempen ini bukan sahaja disasarkan kepada muslim sahaja, namun ia menyasarkan kepada setiap lapisan masyarakat, muslim dan bukan muslim. Ini kerana, kita percaya bahawa kesan arak ini kepada masyarakat sangatlah besar. Bahkan, dalam mana-mana agama pun melarang penganutnya meminum arak. 

Kempen ini akan berjalan sepanjang Februari sehingga Mac di seluruh negara. Kempen ini bukan sahaja berjalan dari segi kempen kesedaran sahaja, tetapi ia adalah kempen yang akan menyentuh polisi-polisi negara, tatacara jualan arak di kedai-kedai termasuklah menyentuh penguatkuasaan undang-undang sedia ada terhadap apa-apa yang berkaitan dengan arak. 

Oleh itu rakyat Malaysia, sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk menyahut kempen gergasi yang dinamakan, “MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK” #MalaysiaSejahteraTanpaArak #ArakPuncaKejahatan #ArakMembunuh

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial