Pelaksanaan Kelas SAQB di Semenanjung dan Sabah

Kajang – Berikut adalah pelaksanaan kelas Sahabat Al-Quran Braille (SAQB) sepanjang Januari 2025. Kelas SAQB mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia antaranya ialah Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Pahang, Kedah, KL dan Sabah.

Di Kedah mempunyai 24 orang pelajar OKU penglihatan serta 3 orang guru yang profesional dan semangat dalam mengajari mereka al-Quran. Manakala di Pahang ini pula mempunyai 8 orang pelajar dengan pelbagai peringkat pembelajaran. Kelas SAQB di Kelantan pula telah dijalankan pada 12 dan 13 Januari 2025. Kelas SAQB cawangan Kelantan mempunyai 15 orang pelajar OKU penglihatan dan 2 orang tenaga pengajar.

Sabah pula, kelas SAQB telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan pada 2 dan 8 Januari yang lalu dengan jumlah pelajar SAQB seramai 7 orang. Kelas di Cawangan Kemahiran pula telah dilaksanakan pada 4 dan 11 Januari yang dihadiri oleh 9 orang pelajar SAQB. Manakala kelas di cawangan Lahad Datu pula telah berlangsung pada 9 Januari yang lepas.

Ada juga kelas yang terpaksa dilakukan secara Online kerana jarak rumah pelajar yang terlalu jauh dari bandar atau pusat pengajian. Ini adalah salah satu inisiatif agar jarak bukan jadi penghalang untuk mempelajari al-Quran Bralle. Kelas ini telah dilakukan pada 7 Januari dan disertai oleh 12 orang pelajar SAQB.

Terima kasih para penyumbang kerana menyumbang kelas Sahabat Al-Quran Braille. Semoga semakin ramai OKU penglihatan dapat membaca al-Quran dan semoga para penyumbang mendapat pahala yang berpanjangan serta diberikan ganjaran Syurga buat anda.

 

Jom bersihkan jiwa dengan

Berkongsi Rezeki,

Manisnya Memberi

Klik : https://yayasanmaghfirah.org/projek-ym/

Tabung Bulanan YM : https://infaqpay.my/go/yayasanmaghfirah

 

#RaikanRamadan #bersamaYM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM500.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *