Paip pecah selama lebih 5 hari punca Seri Medan hilang sumber air bersih

Johor Bahru – Meskipun semakin menunjukkan tanda-tanda positif apabila berlaku menurunan jumlah mangsa banjir di PPS iaitu daripada 10,826 turun menjadi 39,620 orang.

Namun, ceritanya berbeza bagi setiap PPS dan ahli keluarga apabila ada PPS yang terputus bekalan makanan, minuman. Dan ada juga ahli keluarga yang masih terperangkap dalam keadaan kelaparan.

YM kini mendapati tempat yang terjejas teruk antaranya seperti di Seri Medan apabila paip pecah selama lebih 5 hari menyebabkan masyarakat di sana kehilangan sumber air bersih. Selain itu juga, bekalan elektrik dan signal jaringan juga menyumbang kepada permasalahan komunikasi.

Yayasan Maghfirah dengan bantuan Skuad Kita bantu kini gigih menyalurkan bantuan buat mereka yang terjejas dengan bencana ini. Namun, YM juga menggesa untuk anda untuk turut bersama menyumbangkan apa yang termampu sama ada kudrat mahupun bantuan kewangan.

YM turut merasa sebak apabila mendengar cerita setiap yang ditimpa bencana ini. Ada yang terpaksa berputih mata apabila kebun tanaman rosak disapa air, perabur-perabut terpaksa dibuang, kain-kain menjadi busuk dan hapak, dan banyak lagi cerita.

InshaAllah, YM kini sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Untuk anda yang ingin menyumbang dalam usaha membantu mangsa banjir, anda boleh membantu semampu anda sama ada dalam berbentuk kewangan, tajaan, mahupun tenaga anda. Setiap usaha daripada anda inshaAllah diberi ganjaran besar disisi Allah.

Bantu Mereka Sekarang
YAYASAN MAGHFIRAH
Maybank:562263552802
Sila tuliskan reference “bencana09”

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial