

Pengenalan
Siapa Kami


Ketagihan Dadah.


Hubungan Bebas/Zina/Buang Anak
Masalah Kesihatan Mental


Ketagihan Internet

Solusi Kami
Jelajah Kempen
Kempen digerakkan ke seluruh Malaysia mensasarkan sekolah, tahfiz, rumah jagaan anak yatim serta pusat pemulihan dan perlindungan remaja untuk mendedahkan para remaja mengenai masalah sosial yang berlaku pada masa kini.


Program Dakwah
Program melibatkan remaja dalam bentuk kesukarelawanan seperti Tarbiah Corner Initiative, Hadiah Kit Aurat dan program-program kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Pembangunan Ahli
Program berteraskan pembangunan potensi, kem pembangunan serta bengkel ketokohan dan kepimpinan khusus kepada Skuad Generasi Harapan.

Duit disalurkan ke mana?

Segala sumbangan dan infaq anda penting bagi mengubah masa depan anak remaja kita di seluruh Malaysia. Berikut adalah bagaimana sumbangan anda disalurkan:
- Kos perjalanan Jelajah Kempen seluruh Malaysia
- Kos penginapan dan makanan para aktivis
- Kos program kemasyarakatan bersama remaja
- Kos program pembangunan remaja
- Kos penyediaan Library Corner
- Kos pemberian hadiah Kit Aurat (tudung etc)
- Kos pembinaan Kompleks Dakwah Remaja
Pembinaan Kompleks
Melalui Kempen Membina Generasi Harapan, kami merancang untuk membina sebuah kompleks yang menyediakan aktiviti dan silibus program yang bersepadu khusus kepada remaja bagi membentuk keperibadian luhur dan memperkembangkan potensi secara menyeluruh. Bagi mencapai kearah itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa buah pusat komuniti untuk menjadikan ia sebagai pusat dakwah bagi remaja, dimana para remaja boleh menyertai aktiviti remaja yang dijalankan dan meluangkan masa di pusat komuniti ini. Antara pusat komuniti ialah :


1. Anjung Budi
Anjung Budi merupakan sebuah Pusat Komuniti yang terletak di Kajang. Anjung Budi telah menyediakan pelbagai program berbentuk sokongan dan bantuan kepada seluruh peringkat masyarakat khususnya remaja di kawasan Bangi dan Kajang. Antara programnya ialah Kelas Sahabat Al Quran, Homework Club, Kelas Tuisyen PT3 dan SPM, Kelas Silat Hang Tuah Junior, Sukan Rekreasi dan banyak lagi.
2. Global Thinkers Clan
Global Thinkers Clan merupakan pusat komuniti remaja di Gombak yang telah beroperasi selama 5 tahun. GT Clan sentiasa padat dikunjungi remaja menengah tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak dengan aktiviti menarik dan membina sepanjang tahun.
Squad-squad yang digerakkan remaja GT Clan seperti Squad Al-Fateh, Zahra’, Sukarelawan, Usahawan & Bola menjadi asas pembinaan potensi, kreativiti dan kepimpinan remaja GT Clan. Program mingguan Free Friday yang bertemakan ‘Chef Hipster’, ‘Media Minions’, ‘Speak Up’ & ‘Secret Science’ mendedahkan remaja kepada pelbagai kemahiran dalam suasana yang interaktif dan mesra remaja.
GT Clan juga mengadakan program tahunan Historace yang mendedahkan remaja kepada sejarah kemerdekaan negara Malaysia sekitar nadi Kuala Lumpur dan negeri Melaka. Selain itu, GT Clan juga adakan Jelajah PT3, program pendedahan pilihan pelbagai aliran menengah tinggi kepada pelajar Tingkatan 3 dan juga Program Cuti Sekolah (PCS) sepanjang bulan December bagi memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat buat para remaja.


3. Tarbiah Sentap
Tarbiah Sentap diasaskan pada Ogos 2014 oleh Ustaz Adnin Roslan. Tujuan Tarbiah Sentap diasaskan adalah untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara dalam menyampaikan cara fikir islam yang sebenar dan syumul meliputi seluruh aspek kehidupan. Kini Tarbiah Sentap telah jelajah lebih 1000 Sekolah dan Universiti di seluruh Malaysia. Tarbiah Sentap juga banyak mengeluarkan buku-buku dakwah dengan bahasa yang santai untuk remaja. Selain itu, Tarbiah Sentap juga aktif membuat video-video pendek dan lagu-lagu yang menjadi trending di media sosial dengan jumlah 41 Juta tontonan. Antara program yang aktif
Perkembangan Semasa Kempen



Jelajah Kempen
Jurucakap bagi Membina Generasi Harapan yang terdiri daripada speaker dan artis Tarbiah Sentap telah menjelajah ke 44 buah sekolah di seluruh semenanjung Malaysia untuk berjumpa dengan para pelajar serta memberikan pendedahan tentang isu-isu sosial yang melibatkan remaja serta perkara yang perlu dilakukan oleh para remaja untuk menangani kempen ni.



Tarbiah Corner Initiative
Kempen Membina Generasi Harapan telah menghadiahkan buku-buku dakwah hasil karya Tarbiah Sentap kepada beberapa sekolah yang mereka telah jelajah dan akan menghadiahkan buku-buku dakwah kepada pusat perlindungan dan rumah-rumah kebajikan yang akan dijelajahi nanti.



Kit Aurat
Kempen Membina Generasi Harapan merancang untuk memberi set kit menutup aurat iaitu handsocks dan tudung kepada remaja-remaja perempuan yang tidak mampu untuk membeli kit aurat tersebut.






Pusat Dakwah Remaja
Kempen Membina Generasi Harapan telah bekerjasama dengan pusat komuniti Anjung Budi, Global Thinkers Academy dan Tarbiah Sentap untuk menjadikannya sebagai pusat komuniti bagi remaja dan melaksanakan program-program dakwah kepada remaja. Pada 16 September yang lalu, sebuah program yang bernama ‘HistoRace’ telah diadakan sempena Hari Malaysia. Program ini adalah berbentuk explorace yang mana para remaja perlu menyelami sejarah yang ada di bangunan bersejarah disekitar Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh 60 orang remaja daripada sekolah-sekolah di sekitar Gombak.
Cara untuk Menyumbang
Sebagai tanda menyokong usaha kami ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh memberikan sumbangan dan tajaan melalui pakej yang ada.
No Akaun Rasmi Yayasan Maghfirah: CIMB: 8603221427
Taja Kompleks
Taja Program
Taja Seikhlas Hati
