Pada 24 Disember 2022 lalu, Skuad Kita Bantu Yayasan Maghfirah ada mengadakan sesi “Meet & Greet”. Program yang berdurasi 8 Jam ini dihadiri oleh Ahli Skuad Kita Bantu di sekitar Semenanjung Malaysia. Program ini turut dihadiri oleh Encik Lukmanul Hakim Bin Mohammad, Ketua Jabatan Projek dan Operasi Yayasan Maghfirah.
Tujuan Utama Program ini adalah untuk menyatukan Ahli Skuad Kita Bantu yang selama ini bekerja keras dalam aktiviti kesukarelawanan di tempat masing-masing. Dengan adanya
Sebagai tanda sokongan, anda boleh menjadi sebahagian dari ahli Skuad Kita Bantu dan boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana. Selain itu juga, anda boleh menyumbang dalam penajaan Maghfirah Meal untuk mangsa-mangsa bencana di Seluruh Malaysia. Semoga setiap yang dilakukan kita diberikan Pahala yang besar dan berpanjangan di sisi Allah.
Selain itu anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa di sosial media kami.