Pada bulan Ramadan 2023, Yayasan Maghfirah meneruskan lagi Projek Kongsi Rezeki dan telah dilaksanakan dengan jayanya.
Pelaksanaan projek ini bermula dari 1 Ramadan bersamaan 23hb Mac 2023 hingga 28 Ramadan bersamaan 19hb April 2023. Sebanyak 8,240 pek makanan iftar telah diagihkan samada dalam bentuk pek bungkusan mahupun dalam bentuk bufet. Projek ini telah dilaksanakan di 71 tempat berbeza di dalam negara yang tertumpu di sekitar lembah Klang dan juga beberapa tempat di luar negeri seperti di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah yang melibatkan sukarelawan Skuad Kita Bantu YM dan terdapat juga agihan yang dilaksanakan oleh Yayasan Maghfirah cawagan Sabah dan Mesir.
Penerima-penerima manfaat adalah dalam kalangan keluarga asnaf, anak-anak yatim, warga emas, pusat-pusat perubatan dan kesihatan, golongan OKU, mahasiswa dan juga pelajar tahfiz. Terdapat 2 program mega diadakan sepanjang projek ini diajalankan iaitu Program Rewang Bubur Lambuk dan Majlis Amal Maghfirah.
Projek Kongsi Rezeki pada tahun ini lebih tertumpu kepada hidangan berbentuk bufet berbanding pek bungkusan atas faktor amalan kebiasaan yg dilaksanakan oleh pihak masjid mahupun surau yang telah pun kembali dilaksanakan sepenuhnya sejak fasa Endemik Wabak Covid-19 diumumkan.
Yayasan Maghfirah menerusi projek ini turut mengagihkan duit raya kepada golongan asnaf, kanak-kanak SAQ, anak-anak yatim dan juga tahfiz terpilih berjumlah RM45,700.00.
Yayasan Maghfirah turut melaksanakan Projek Kongsi Rezeki kepada umat Islam di Indonesia dan Lubnan. Sejumlah 1240 pek telah diagihkan kepada penerima manfaat disekitar kampung-kampung di Bogor dan di kem pelarian Syria di Aarsal.
Projek Kongsi Rezeki yang telah berjalan sepanjang Ramadan ini telah berjaya mengagihkan dana sejumlah RM 196,694.19 merangkumi 9,480 pek makanan iftar yang melibatkan penerima-penerima manfaat dan lokasi agihan.