siapa kami

Lestari anak Yatim

Penerangan Projek

Pernahkah anda terfikir tentang anak-anak yatim di sekitar anda?

Sehingga Oktober 2021, Negara telah mencatatkan seramai 4696 orang telah berstatus anak yatim akibat kemelonjakan kes Covid-19 yang melanda di seluruh Negara.Berita sebegini amat menyayat hati kerana diusia kanak-kanak yang ingin mendapat curahan kasih sayang daripada ibu bapa, kini hanya mampu meratapi di tepi pusara sahaja.

Ibarat berat mata memandang, lagi berat bahu memikul, pelbagai pihak bersepakat bersatu hati untuk mengambil langkah inisiatif bagi memastikan nasib mereka terbela.”Hulurkan tangan ringankan beban” kini menjadi satu slogan untuk rakyat Malaysia bagi menangani isu ini.Hal ini demikian kerana, jika takdir tidak dapat diubah, maka dengan mengubah nasib akan menyebelahi mereka.

Jangan Biar Tapak Dibawa Arus Ombak. Marilah Membantu Sehingga Mereka Mampu Berdikari !

“Dewasa ini, terdapat banyak badan-badan bukan kerajaan yang mengambil langkah proaktif dalam memberikan bantuan dan menyantuni anak-anak yatim sama ada dalam bentuk material mahupun kewangan. Bantuan yang diberikan pula kebiasaannya berbentuk one-off sahaja. Namun begitu, masih ada kelompongan dalam tumbesaran anak-anak yatim ini khususnya dari sudut pembangunan sahsiah diri serta pendidikan aliran akademik.

Kebanyakan pusat perlindungan dan jagaan anak-anak yatim tidak dilengkapi dengan infrastruktur serta kemudahan yang sempurna disamping terpaksa menanggung kos operasi yang semakin lama semakin meningkat.

Walaupun pembelajaran asas agama seperti ilmu fardhu ain diajarkan, tetapi anak-anak yatim masih lagi kurang memahami keindahan Islam sebagai ad-din yakni cara hidup yang menyeluruh khususnya dari sudut adab dan akhlak.

Kebanyakan anak-anak yatim tidak diberikan kefahaman dengan baik berkaitan pendedahan perancangan masa depan dalam pendidikan sehinggakan ada dari kalangan mereka sekadar bersekolah tanpa mempunyai cita-cita tinggi dalam pembentukan karier apabila sudah meningkat dewasa.”

 

Tunaikan Hasrat Menjadi Impian

Yayasan Magfirah mengambil inisiatif Menyampaikan bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan atau material bagi membantu pengurusan pusat perlindungan dan jagaan anak-anak yatim.

Selain itu, untuk mendidik dan menyantuni anak-anak yatim dalam usaha membina penghayatan agama Islam yang lebih baik.

Disamping itu, mengajarkan kefahaman akademik di peringkat sekolah serta membimbing perancangan halatuju yang dapat diterokai oleh anak-anak yatim selepas tamat alam persekolahan.

Ayuh Taja Mereka Menyelusuri Hari Dengan Sinar.

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan atau material mengikut keperluan.
  • Bantuan naqib/naqibah untuk penghayatan agama Islam secara lebih menyeluruh untuk anak-anak yatim.
  • Bantuan mentor pembelajaran subjek akademik (sains dan matematik khususnya) dan halatuju pendidikan untuk anak-anak yatim.
  • 10 buah pusat anak yatim / 200 orang anak yatim disantuni.
  • Bantuan material/kewangan – RM2000/pusat
  • Bantuan Akademik – RM12,000/pusat
  • Bantuan aktiviti penghayataan agama Islam RM10,000/pusat
  • Tajaan aktiviti tahunan – RM12,200/pusat

kesannya jika saya tidak bersedekah

Kesannya pusat perlindungan dan jagaan anak yatim terpaksa beroperasi dalam keadaan kekurangan dan mengganggu perkembangan anak-anak yatim.

Mari Beriringan Menuju Ke Syurga

tagline #ribuandoamenujusyurga; berikan gambaran dimana setiap sumbangan diberikan akan ada ribuan anak-anak yatim mendoakan kebaikan buat para penyumbang dan mendekatkan diri penyumbang kepada impian berada di syurga suatu masa nanti bersama Rasulullah sejauh jarak dua jari sahaja (rujuk hadis)

Nabi Muhammad SAW bersabda

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983)]

Senarai Pakej

Golongan Sasaran Untuk Dibantu :

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan atau material mengikut keperluan.
  • Bantuan naqib/naqibah untuk penghayatan agama Islam secara lebih menyeluruh untuk anak-anak yatim.
  • Bantuan mentor pembelajaran subjek akademik (sains dan matematik khususnya) dan halatuju pendidikan untuk anak-anak yatim.
  • 10 buah pusat anak yatim / 200 orang anak yatim disantuni.
  • Bantuan material/kewangan – RM2000/pusat
    Bantuan Akademik – RM12,000/pusat
    -Bantuan aktiviti penghayataan agama Islam – RM10,000/pusat
    Tajaan aktiviti tahunan – RM12,200/pusat

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!