Bantuan Terapi Anak OKU

Penerangan Projek

Kos yang tinggi menyebabkan kebanyakkan mereka tidak dapat terapi yang secukupnya
Bantuan ini diwujudkan bagi mengumpulkan dana membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan terapi yang konsisten di pusat terapi swasta tertentu.
Terapi Percuma di hospital kerajaan tidak dapat menampung pesakit yang terlalu ramai
Anak-anak istimewa seperti autisme, down syndrome, disleksia dan sebagainya perlu mengikuti terapi secara berkala yang konsisten bagi memastikan perkembangan dan pemulihan diri mereka semakin membaik. Namun, sesi terapi secara percuma yang ditawarkan oleh hospital kerajaan tidak mampu untuk menampung pesakit yang terlalu ramai, sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat menerima rawatan secara konsisten. Oleh itu, dana yang diperolehi dapatlah digunakan untuk anak-anak istimewa ini.

Sudikah Tuan/Puan menyumbang buat mereka?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirat dan salah satunya adalah:
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalan itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Riwayat al-Bukhari
Gambar Kempen
Senarai Pakej
Bagaimana Tuan/Puan Boleh Berinfaq
Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk :
- Infaq Jutawan : RM 1,000
- Infaq Satu Juzuk : RM 500
- Infaq Lima Surah : RM 300
- Infaq Satu Surah : RM 100
- Infaq Satu Ayat : RM 50