Negeri Sembilan – Pada 23 dan 24 November 2024 Kem Guru SAQ telah diadakan di D’Kok Camp, Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Pada permulaan kem, guru-guru SAQ menjalani ujian bertulis mengenai hukum tajwid dalam Al-Quran yang merangkumi jenis-jenis Idgham, Mad, tanda-tanda Waqaf, Qalqalah dan lain-lain hukum lagi. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru SAQ terhadap ilmu Al-Quran. Semoga ujian ini dapat mengukuhkan lagi pengetahuan supaya guru-guru ini dapat.
Slot seterusnya pula merupakan slot Asas Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh En Mohd Azmir & Cik Nur Hazwani selaku Instructor YM Edu. Slot ini menerangkan mengenai First Aid, Kaedah Balutan, dan C.P.R. Slot diteruskan lagi dengan Asas Simpulan & Ikatan. Seterusnya peserta dikehendaki untuk membina Gajet (tripod) sebagai latihan amali dan praktikal.
Pada waktu petang pula, guru-guru SAQ menjalani aktiviti air seperti water confident, tubing dan river crossings. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih para peserta untuk merasa yakin dan selamat membuat aktiviti di dalam dan sekitar air. Selain itu, para peserta turut didedahkan kepada teknik apungan dan pernafasan semasa berada di air. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan para peserta ketika melakukan aktiviti air.
Aktiviti explorace pula dilakukan pada waktu malam oleh guru-guru SAQ. Aktiviti ini menguji daya fikiran dan fizikal para peserta. Sebanyak 6 stesen atau checkpoint yang perlu peserta lepasi. Setiap stesen mempunyai cabaran dan halangan tertentu. Antaranya, cara melakukan anduh, ikatan dan simpulan, permainan tradisional, teka daun dan kegunaannya, berpantun, puzzle dan kod morse.
Pada hari kedua pula, para peserta melakukan aktiviti jungle tracking mengikut laluan yang telah ditetapkan melalui kawasan hutan, di mana mereka akan berjalan melalui pelbagai kawasan berbukit, mendaki dan menuruni bukit serta merentasi anak sungai. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman fizikal dan mental yang mencabar, tetapi juga peluang untuk mendalami dan menghargai alam semula jadi.
Kem berakhir dengan Majlis Penutup yang dihadiri oleh Puan Siti Mariam binti Said Abdul Malek Shah, Ketua Pegawai Operasi YM dan Encik Khairul Anwar Mohd Ariff, Ketua Jabatan Media Kreatif YM.