Skuad Kita Bantu(SKB) YM mengajak anda semua untuk menjadi sebahagian daripada kami. Ini merupakan satu usaha dalam menyemai semangat ingin membantu dan rasa empeti terhadap orang lain.
Dengan menyertai sebagai ahli SKB ini, anda boleh mendapat pelbagai pengalaman yang tidak anda dapat pelajari di tempat lain. Turun dalam membantu masyarakat kita yang sedang mengalami kesusahan akan banyak mengajar kita erti bersyukur dan kebersamaan.
Pelbagai kelebihan yang ditawarkan sekiranya anda menjadi ahli skb dalam membantu ini.
Kelebihan menjadi ahli SKB :
1. Mendapat perlindungan insuran sepanjang program.
2. Makanan disediakan
3. Pengangkutan disediakan.
4. Tempat tinggal disediakan.
5. Sijil disediakan.
6. Kem-kem bermodul sepanjang tahun.
7. Pengalaman
8. Berkenalan sesama ahli SKB.
9. Peluang menyantuni mangsa bencana.
InshaAllah pelbagai lagi yang menarik yang anda dapat pelajari. Jom salurkan tenaga anda di tempat yang tepat. Sekiranya anda ingin menyumbang pula, anda boleh klik link di bawah dalam usaha membantu mangsa-mangsa bencana. Untuk bantuan makanan, anda boleh taja Maghfirah Meal dengan klik link di bawah.