Kuala Lumpur – Pada 30 Oktober (Rabu), YM turun lagi memberi bantuan perubatan. Kami telah hadir menziarahi seorang penerima manfaat di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Adik Firas yang berumur 10 tahun, menghidap leukemia sejak tahun 2022 lagi. Keadaan beliau ketika ini telantar dan tidak mampu bergerak sendiri dan sangat memerlukan sokongan dan dorongan orang sekeliling. Selain itu, beliau tidak mampu makan secara normal dan hanya bergantung pada susu sahaja bagi menjamin keseimbangan nutrisi tubuh badan. Barangan seperti susu dan juga lampin amat diperlukan oleh adik Firas dek kerana keadaan beliau yang terlantar pada saat ini.
Justeru, pihak Yayasan Maghfirah telah menyalurkan barang-barang keperluannya hasil sumbangan para penyumbang YM. Ini dapatlah meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Moga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada beliau.
Setiap agihan dan bantuan yang diberikan oleh YM adalah hasil sumbangan orang ramai. Ayuh bantu kami dengan menyumbang ke kempen bantuan perubatan kami. Kami juga mempunyai banyak kempen-kempen bantuan yang lain. Sedikit sumbangan yang anda berikan, besar maknanya pada mereka yang memerlukan. Klik link di bawah untuk melihat kempen yang kami ada.
Dan jangan lupa ikuti kami di Telegram Yayasan Maghfirah dan TikTok kami untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang kami akan jalankan serta mendapatkan update secara live.