Perjanjian dan pembayaran deposit pembelian bangunan baharu PERTIS berjaya ditandatangani hasil sumbangan orang ramai melalui Yayasan Maghfirah
Alhamdulillah hasil sumbangan daripada para penyumbang, dana yang berjaya dikumpulkan sebelum ini telah diserahkan kepada pihak PERTIS dan kini telah digunakan bagi pembayaran deposit bangunan baru pada 26 Oktober 2022. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kepada kempen ini. Semoga Allah membalas amal soleh Tuan-tuan dan Puan-puan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Bangunan ini diperlukan oleh Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kerana bangunan sekarang tidak mempunyai ruang yang sesuai bagi perlaksanaan program untuk OKU Penglihatan dan juga bagi menampung keperluan operasi PERTIS. Bangunan baru ini merupakan sebuah lot rumah kedai 4 tingkat yang terletak di Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam yang memudahkan golongan OKU.
Namun begitu, kami masih kekurangan dana dalam menyempurnakan pembelian premis ini. Marilah sama-sama kita merealisasikan hasrat yang sudah sekian lama ditangguhkan Persatuan OKU PERTIS kerana kekurangan dana.
InshaAllah asbab bantuan sumbangan dalam urusan yang murni ini Allah SWT akan mencatatkan setiap langkah tuan/puan dengan 7 kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: ” Siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya ” (HR. Thabrani).
#yayasanmaghfirah #wadahdakwahanda #infaqpembelianbangunanpertis