Bangi Healing 1.0 – Sunway Gandaria

Selangor – Pada 23 dan 24 November 2024, satu program dinamakan Bangi Healing 1.0 telah diadakan di Sunway Gandaria, Bandar Baru Bangi. Yayasan Maghfirah (YM) merupakan penganjur bersama untuk program ini.

Reruai Yayasan Maghfirah mempunyai bermacam-macam aktiviti menarik. Booth Yayasan Maghfirah juga telah dilawati oleh Ahli Dewan Negeri Bangi, Selangor. Tuan Shuib Norudin selaku CEO YM turut beramah mesra dengan Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie Bin Ngah. Beliau telah memberi semangat serta sokongan yang padu kepada tim Yayasan Maghfirah.

Banyak slot yang BEST dan booth yang MENARIK untuk anda semua. Ada slot ‘parenting’, kesihatan dan penjagaan diri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah cabaran yang dihadapi ibubapa yang memiliki anak istimewa. Tatkala ibubapa yang lain bergembira meluangkan masa bersama anak, ada juga yang berperang dengan tekanan emosi menguruskan anak istimewa. Semestinya pelbagai aktiviti dan perkongsian menarik disediakan khas untuk anda semua di sana.

Telah berlangsung sesi perkongsian berkenaan Yayasan Maghfirah oleh CEO YM Tuan Mohd Shuib Norudin dan diteruskan dengan sesi agihan bantuan barangan asas Kotak Jiwa Peduli, Buku Biografi Prof Muhaya, wang ringgit serta baucer kepada para asnaf. Seramai 150 agihan telah berjaya disampaikan pada edisi kali ini.

Doakan YM terus istiqomah dalam membantu masyarakat.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial