Teras Perubatan

Program sumbangan bantuan perubatan YM x MYCP x SMAM

Shah Alam – Pada 14 Disember 2024, Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Malaysian Advocate for Cerebral Palsy dan Spinal Muscular Atrophy Malaysia selesai membuat program sumbangan bantuan perubatan di Masjid Al Ehsan, Shah Alam. Terima Kasih kepada para penyumbang, tanpa anda mungkin bantuan ini tidak akan sampai kepada mereka. Terus doakan kami agar Yayasan Maghfirah terus […]

Program sumbangan bantuan perubatan YM x MYCP x SMAM Read More »

Bantuan perubatan – Adik Azwar

Selangor – Yayasan Maghfirah berkesempatan hadir ke salah sebuah Hospital bagi menyampaikan bantuan peralatan perubatan kepada adik Azwar. Difahamkan, adik Azwar berusia 6 bulan dan menghidapi penyakit jarang berlaku “rare disease” sejak lahir lagi. Dikhabarkan kelahiran pra-matang yang dihadapi oleh adik Azwar membawa kepada masalah kesihatan yang dihidapnya sekarang. Untuk makluman, adik Azwar tidak dibenarkan

Bantuan perubatan – Adik Azwar Read More »

Bantuan kerusi roda – Adik Saqeef

Selangor – Pada 26 November 2024, team Yayasan Maghfirah berkesempatan berjumpa dengan seorang penerima manfaat iaitu adik Saqeef di Bandar Baru Bangi. Bantuan yang disalurkan kepada adik Saqeef pada hari ini adalah sebuah kerusi roda. Kami difahamkan, beliau mempunyai masalah kesihatan “Cerebral Palsy” (lumpuh separuh badan bermula dari pinggang sehingga kaki). Semoga dengan bantuan kerusi roda

Bantuan kerusi roda – Adik Saqeef Read More »

Bantuan Peralatan Perubatan kepada PPTB

Kuala Lumpur – YM turun lagi bagi memberi bantuan peralatan perubatan. Pada 18 November 2024 team perubatan Yayasan Maghfirah berkesempatan untuk menziarahi “Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen (PPTB)” yang bertempat di PPR Gombak Setia. Tujuan kami menziarahi mereka adalah untuk menyampaikan sumbangan alatan perubatan seperti Kerusi Roda, Katil Pesakit kepada mereka. Semoga dengan bantuan yang disampaikan

Bantuan Peralatan Perubatan kepada PPTB Read More »

Tabung Pendengaran – Adik Syafiq

Kuantan – Alhamdulillah, kami Yayasan Maghfirah berkesempatan untuk menziarahi adik Syafiq di Kuantan, Pahang. Adik Syafiq telah selesai menjalani pembedahan implan koklea pada 29 Oktober 2024 yang lalu. Pada hari ini, adik Syafiq perlu hadir ke sebuah klinik audiologi bagi proses menghidupkan alat implan koklea seterusnya melihat tindak balas selepas dihidupkan. Untuk makluman, alat implan

Tabung Pendengaran – Adik Syafiq Read More »

YM bersama Hear Me Malaysia mengadakan kelas bahasa isyarat

Kajang – Hear Me Malaysia merupakan sebuah persatuan yang memperjuangkan hak kualiti hidup kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran melalui pengukuhan kerjasama dengan golongan profesional dalam pelbagai bidang dan memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap isu masalah pendengaran. Pada 12 Oktober 2024, pihak YM telah mengadakan satu kelas bahasa isyarat yang dipimpin oleh wakil dari Hear Me Malaysia.

YM bersama Hear Me Malaysia mengadakan kelas bahasa isyarat Read More »

Ziarah Adik Saffanah

Kuala Lumpur – Bukan semua dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit. Saudara kita, Adik Saffanah menghidap penyakit tulang belakang bengkok. Penyakit ini menyukarkan beliau untuk melakukan aktiviti harian yang biasa seperti, berdiri, duduk dan berjalan. Ayuhlah kita bersama-sama menghulurkan bantuan bagi membantu Adik Saffanah menjalani prosess pemulihan sehingga selesai. Anda boleh menyumbang ke tabung

Ziarah Adik Saffanah Read More »