The Best Community Engagement Project

29 Ogos & 30 Ogos 2023 -Alhamdulillah, Projek Kelas Sahabat Al-Quran telah memenangi “The Best Community Engagement Project” di International Conference On Academia – Community Engagement (InACE) 2023.

YM telah menyertai International Conference on Academia – Community Engagement 2023 di Bangsar, Kuala Lumpur. Program InACE 2023 ini juga telah disertai oleh ahli akademik dari pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Penglibatan Dalam Pengurusan Bencana (NADMA)

9 Mei 2024 – Alhamdulillah, YM telah diundang ke Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL) semalam. 

Majlis ini telah mengumpulkan institusi-institusi barisan hadapan seperti  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Agensi Teknikal / Agensi Responder, Rakan Media, Rakan NADMA (NGO), Syarikat Telekomunikasi dan badan pertubuhan berkaitan. 

Anugerah Emas Projek Terbaik & Anugerah Reruai Terbaik (Kongres Social Energy Perkeso)

8 Okt & 9 Okt 2024 – Yayasan Maghfirah telah menyertai Kongres Program Social Synergy 2024 anjuran PERKESO yang berlangsung selama dua hari di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah Yayasan Maghfirah telah terpilih menerima Anugerah Emas Projek Terbaik dan Anugerah Reruai Terbaik dalam kalangan 20 lebih pembentang dan pempamer yang turut sertai program kongres ini.