Alhamdulillah syukur.. Pagi tadi, Ustaz Aqil dan Ustaz Aliff mewakili Yayasan Maghfirah bersiaran langsung di TV Al Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum. Mereka berkongsi tentang pembangunan Darul Maghfirah di Mesir, sebuah pusat dakwah dan kebajikan untuk anak-anak B40 yang belajar di Mesir. Kini, semua dari kita boleh buat dakwah bersama-sama. Menjaga kebajikan pelajar B40 adalah dakwah, memberi pendidikan yang baik adalah dakwah. Melalui Yayasan Maghfirah, kami menjadi wadah dakwah anda. Ayuh sama-sama menyokong projek Pembangunan Darul Maghfirah yang memberi manfaat kepada pelajar Melayu (asnaf B40). Mereka golongan yang menuntut ilmu dianggap sebagai kumpulan fisabilillah kerana sedang berjuang menuntut ilmu. Membantu mereka seolah-olah membantu diri kita di akhirat nanti dan infak kita ini menjadi saham pahala dakwah kita di sana kelak.