Terbaru! Met Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir. MetMalaysia menjangka Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) sehingga 1:00 tengah hari; Rabu, 14 Disember 2022.
Selain itu, info lain yang telah dikeluarkan ialah Hujan lebat berterusan(BURUK) dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) • Johor (Mersing) sehingga Rabu, 14 Disember 2022. Hujan berterusan(WASPADA) dijangka berlaku di negeri Pahang (Kuantan dan Bera) • Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi) sehingga Rabu, 14 Disember 2022.
Yayasan Maghfirah kini sedang merangka strategi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kawasan. Sebagai tanda sokongan, anda boleh membantu mengikut keupayaan sama ada dari segi tenaga dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Anda juga boleh menyumbang untuk makanan siap masak(Maghfirah Meal), ini bagi memastikan mangsa-mangsa dapat bekalan makanan berat yang mencukupi dan secara panas. Anda juga boleh membantu dari segi kewangan untuk sebarang urusan bantuan semasa bencana.