Kini Bangi dan Dengkil pula disapa banjir

17 November 2022 – Hujan berterusan selama sehari di sekitar Selangor kini menyebabkan beberapa kawasan mulai banjir. Antara kawasan yang terjejas banjir lumpur ini adalah Bangi dan Dengkil.

Andai Banjir mulai surut, tahulah anda bahawa ujian mangsa banjir ini masih belum selesai. Ini kerana mereka terpaksa menanggung rugi barangan dan kerosakan yang berlaku. 

Selain itu, Banjir ini turut meninggalkan lumpur dimana sekiranya lambat dibersihkan akan mengakibatkan lumpur menjadi semakin kering dan sukar dibersihkan. Lumpur ini juga boleh mengakibatkan tempat tinggal menjadi berbau. 

Tanpa anda sedar, Ujian ini bukanlah buat mereka sahaja. Tetapi ujian ini juga buat kita apabila melihat saudara dan saudari kita ditimpa musibah.

Sekarang, Yayasan Maghfirah sedang giat mengagihkan bantuan berbentuk makanan iaitu Maghfirah Meal, Kit pembersihan, barangan keperluan di pusat-pusat pemindahan.

YM juga giat mengumpul sukarelawan bagi aktiviti pembersihan tempat yang terjejas banjir. Sekirannya anda berminat menjadi sebahagian dari kami. Anda boleh mendaftar sebagai Skuad Kita Bantu(SKB) Yayasan Maghfirah. Ini akan membuka jalan untuk anda menabur tenaga dalam membantu setiap yang diuji. 

Ini merupakan satu usaha Yayasan Maghfirah dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.Anda boleh juga membantu dengan menjadi sebahagian dari Skuad Kita Bantu, Anda juga boleh memberi usaha anda dengan cara menyumbang kepada kempen Tabung Kecemasan Bencana Yayasan Maghfirah

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial