YM Sabah agih bantuan mangsa banjir di Segama, Lahat Datu

LAHAD DATU, 29 Januari – YM Sabah telah turun ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Latihan Vokasional Pertanian di Segama, Lahad Datu untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut, pagi tadi.
Seramai 42 orang mangsa banjir dari Kg. Sepadulang termasuk 2 bayi dan 1 OKU telah ditempatkan di PPS tersebut sejak Jumaat lalu. Seramai 23 orang anggota dari pelbagai agensi kerajaan bertugas di PPS tersebut.
 
Operasi bantuan bencana dijalankan oleh sukarelawan dari Kg. Taruakan, Pulau Sakar yang diketuai oleh saudara Aiman, ahli Skuad Kitabantu YM bahagian Lahad Datu. Antara bantuan yang dibawa ke PPS ialah seperti barangan makanan, kit kebersihan diri serta lampin. Para sukarelawan ini turun bertugas sejurus selepas Kelas SAQ yang dijalankan di Pulau Sakar.
Perkembangan mangsa banjir di PPS Segama serta kawasan lain akan sentiasa YM ikuti. Semoga semua yang terlibat dalam bencana banjir tabah mengahadapi dugaan besar ini dan agar dapat diringankan kesusahan mereka melalui sumbangan para dermawan yang prihatin.
 
Untuk anda yang ingin menyumbang dalam usaha membantu mangsa banjir, anda boleh membantu semampu anda sama ada dalam berbentuk kewangan, tajaan, mahupun tenaga anda. Setiap usaha daripada anda inshaAllah diberi ganjaran besar disisi Allah.
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial