Syukur alhamdulillah minggu lepas telah berjalan operasi penyelenggaraan beberapa bahagian di bangunan Darul Maghfirah.
Antaranya operasi membaiki kebocoran pada paip pvc luar bangunan tingkat 5. Kemudahan bangunan ini digunakan oleh anak-anak pelajar Malaysia di Mesir seperti asrama, kelas pengajian kitab dan surau. Terima kasih kepada para penyumbang.
Percayalah bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka pendek, bahkan turut menjadi saham jangka panjang pahala tuan puan kerana bangunan dakwah ini akan kekal digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu di Al-Azhar, Mesir. Moga pahala ini dapat menghapus dosa di dunia dan membawa Tuan Puan ke syurga di akhirat kelak.