Sedekah Jumaat

Sedekah Jumaat
Sedekah Jumaat

Raikan Jumaat Dengan Sedekah

Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan:

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

“Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang dilakukan secara konsisten, walaupun sedikit.”

Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Hamba Allah yang baik hati, sentiasalah bersangka baik dengan Allah & bersyukur atas segala kelebihan & kekurangan yang diberikan kepada kita. Alhamdullilah. Dihari Jumaat yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan doa, istighfar, membaca Quran, bersedekah & selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

"Salam Jumaat"

“Salam Jumaat” merupakan ucapan yang sering diungkapkan oleh sebahagian daripada kita pada Hari Jumaat setia minggu.

Ucapan sebegini biasanya digunakan apabila bertemu seseorang atau apabila ingin memulakan perbualan dengan orang lain.

Sapaan atau ucapan sebegini tidaklah mempunyai maksud yang khusus, lebih kurang sahaja maksudnya dengan mengucapkan salam sejahtera, selamat pagi dan ungkapan seumpamanya.

Terdapat segelintir golongan yang menegah penggunakan ungkapan ini kerana mendakwa ucapan sebegini tidak pernah wujud dalam Islam dan dianggap Bida’ah.

Jawapan yang diberikan Muffti Wilayah Persekutuan :

Secara umumnya, lafaz salam sebegitu tidak pernah diucapkan oleh Nabi dan para sahabat. Namun, melihat kepada konteks penggunaanya, kami berpandangan hukumnya adalah harus melihat kepada penggunaannya sudah berubah daripada lafaz salam yang diajarkan Nabi kepada kata sapaan biasa yang digunakan mengikut uruf setempat seperti “selamat sejahtera” dan “selamat petang”. Kata sapaan sebegini tidak wajib dijawab.

Oleh itu, dinasihatkan untuk mengutamakan lafaz yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mahu menambahkan perkataan lain, sebaiknya ditulis secara berasingan seperti “Assalamualaikum dan selamat subuh” bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan perdebatan.

Kredit: Laman Mufti Wilayah Persekutuan

Sumbangan anda akan digunakan untuk pembangunan Pusat Latihan & Dakwah Yayasan Magfirah.

Info lanjut di sini >> PLD YM

Sekiranya anda ingin menyumbang ke kempen lain, kami alu-alukan sumbangan anda

>> Kempen-Kempen YM <<

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial