Sahabat Al-Quran (SAQ)
Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) merupakan inisiatif pendidikan percuma khusus untuk anak-anak asnaf, anak yatim, serta anak-anak daripada keluarga B40 dan golongan memerlukan.
Menerusi pendekatan pembelajaran yang tersusun, program ini bukan sekadar mengajar bacaan Al-Quran, tetapi turut menekankan pemahaman Islam secara menyeluruh serta pembinaan sahsiah yang kukuh dalam diri pelajar.
Program ini didukung oleh 8 modul eksklusif yang dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan rohani, akhlak dan ilmu anak-anak generasi masa depan.
Sehingga kini, Kelas SAQ telah berkembang pesat dengan 19 cawangan aktif di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, dan telah memberi manfaat kepada lebih 800 orang pelajar dan menjadikan ia antara program pendidikan percuma yang berimpak dalam komuniti.
Melalui sokongan anda, Yayasan Maghfirah berhasrat memperluas capaian SAQ agar lebih ramai anak-anak dapat menikmati pendidikan berkualiti yang membentuk akhlak, sahsiah dan jati diri berlandaskan nilai Al-Quran.
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.”
Riwayat al-Tirmizi
Satu sumbangan, seribu makna. Terima kasih atas sokongan yang tidak ternilai.
Gambar Sahabat Al-Quran







