Projek Kelas Sahabat Al-Quran Menang Anugerah

29 Ogos & 30 Ogos 2023 – Alhamdulillah, Projek Kelas Sahabat Al-Quran telah memenangi “The Best Community Engagement Project” di International Conference On Academia – Community Engagement (InACE) 2023.

YM telah menyertai International Conference on Academia – Community Engagement 2023 di Bangsar, Kuala Lumpur. Program InACE 2023 ini juga telah disertai oleh ahli akademik dari pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif YM, Tuan Shuib Noruddin telah mewakili YM di dalam persidangan ini dan telah membentangkan kertas kerja mengenai Kelas Sahabat Al-Quran di dalam simposium yang diadakan. Pembentangan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan ahli akademik bagi menambah baik dan mengukuhkan lagi projek Kelas Sahabat Al-Quran yang dijalankan oleh YM.

Seramai 70 orang pembentang telah menyertai konferen antarabangsa ini dan En Muhammad Shuib (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Maghfirah) telah dipilih memenangi anugerah “The Best Overall Presenter Award”.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bersama YM dalam menjayakan projek Kelas Sahabat Al-quran.”

Tidak lupa juga, YM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang menaja kelas Sahabat Al-Quran dan mewakafkan AlQuran kepada pelajar yang sangat memerlukan. Diharapkan dengan penyertaan YM di dalam persidangan ini dapat memberi tambahan idea kepada projek yang akan dilaksanakan yang juga akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

#TheBestCommunityEngagementProject
#TheBestOverallPresenterAward
#kelasSahabatAlQuran #asnaf
#YayasanMaghfirah 
#WadahDakwahAnda

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *