Perjuangan Pelajar Kelas Sahabat AlQuran (SAQ) Sabah

“Ustaz, saya sanggup jalan kaki sejam… asalkan dapat belajar mengaji.”

Itu pengakuan murni daripada seorang pelajar kecil di Tawau, Sabah, seorang daripada lebih seratus anak-anak yang kini bergantung sepenuhnya kepada program pendidikan percuma Kelas sahabat Al-Quran (SAQ) anjuran Yayasan Maghfirah. Pada era dunia yang semakin canggih dengan teknologi dan akses maklumat tanpa batas, masih ada anak-anak Malaysia yang merayu untuk dapat belajar mengenal huruf-huruf suci kalam Ilahi. Program SAQ bukanlah sekadar kelas mengaji biasa. Ia adalah usaha menyeluruh membina generasi celik Al-Quran dengan asas kefahaman Islam yang kukuh. Di dalam kelas kecil mereka yang serba sederhana, pelajar diajar ilmu tajwid, tafsir, akidah, sirah, hadis, amali solat, dan juga modul khas berkenaan isu-isu umat Islam seperti Palestin. Selain itu, apa yang lebih mengagumkan, semua ini ditawarkan secara percuma tanpa sebarang yuran dikenakan kepada ibu bapa. Negeri Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, inisiatif ini menjadi nadi harapan untuk ramai keluarga yang tidak mampu menghantar anak ke kelas agama berbayar. Namun, di sebalik semangat anak-anak dan dedikasi guru-guru SAQ, realitinya tidak seindah impian. Di Sabah, terdapat tiga cawangan SAQ iaitu di Tawau, Pulau Sakar dan Kg Konoha menampung sekitar 110 pelajar keseluruhan. Ramai antara mereka belajar dalam ruang yang tidak sempurna, tanpa meja dan kerusi, beralaskan tikar, dengan cahaya mentari sebagai lampu. Modul pembelajaran yang dicetak sendiri oleh Yayasan Maghfirah terpaksa dikongsi. Guruguru pula bergantung kepada sokongan sumbangan luar untuk terus bertugas secara konsisten. Mereka konsisten berjuang demi memastikan anak-anak ini dapat membaca ayat-ayat Allah dengan betul dan memahami Islam dengan sebaiknya. Tambahan tentang perkara yang ramai tidak tahu, keseluruhan kos operasi program SAQ di seluruh Malaysia mencecah sehingga RM50,000 setiap bulan. Ini termasuklah pembiayaan elaun guru, cetakan bahan modul, peralatan pengajaran dan sewaan tempat. Tanpa sokongan masyarakat, usaha murni ini sukar untuk diteruskan secara konsisten, apatah lagi untuk diperluaskan ke lebih banyak lokasi pedalaman. Tidak semua orang mampu turun ke lapangan, mengajar atau menjadi tenaga penggerak dakwah tetapi semua orang boleh turut membantu dalam menyumbang agar program seperti SAQ terus berjalan. Inilah jihad ilmu yang sepatutnya dipikul bersama.

Setiap sumbangan sama ada RM50, RM100, atau lebih, mampu memberi impak besar. Ia bukan sekadar membantu membeli buku atau membayar elaun guru, tetapi juga memberi sinar baru kepada anak-anak yang tidak pernah putus asa untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan. Apabila kita membaca kisah ini, kita mungkin terasa jauh. Tetapi ketahuilah, impak satu klik sumbangan anda hari ini mampu mengubah masa depan seorang anak.

Mungkin tanpa kita sedar, satu huruf yang dia pelajari kerana tajaan kita, menjadi sebab Allah memberi rahmat berpanjangan, itulah amal jariah sebenar yang terus mengalir walau kita sudah tiada. Justeru, jangan biarkan perjuangan ini terhenti. Anak-anak ini perlukan kita. SAQ Sabah perlukan kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini dan misi besar Yayasan Maghfirah, kunjungi yayasanmaghfirah.org. Dan sekiranya anda ingin menyumbang hari ini, teruskan ke sedekahym.my.

Kerana dalam satu doa mereka yang ikhlas, mungkin ada keberkatan hidup yang kita cari selama ini.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM500.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *