Amalan malam Lailatulqadar

REBUT PELUANG KEEMASAN DI MALAM 1000 BULAN

MALAM LAILATULQADAR – Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat. Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.

Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melalukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan.

Jangan biarkan peluang Lailatul Qadar berlalu begitu sahaja. Sayangnya berada di bulan Ramadan tetapi tidak berusaha untuk menghidupkan malam lailatulqadar kerana banyak manfaat pada malam itu termasuklah doa dimakbulkan oleh Allah SWT. Dan yang paling indah adalah bila kita dapat bangun bertahajud, bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Sepatutnya malam-malam terakhir ini, kita perbanyakkan amalan sunat di samping tingkatkan kualiti puasa kita. Salah satu amal yang tidak harus kita tinggalkan adalah bersedekah. Sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).

Bagaimana dengan bersedekah? Jika belum jom rebut pahala di akhir Ramadan, kesempatan dan usaha untuk bertemu malam Lailatul Qadar jangan dilepaskan.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat Muslim)

Jangan sia-siakan malam lailatulqadar pada tahun ini tanpa bersedekah ! 

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial