4 Mac 2024 – Perkampungan Maghfirah, Lenggeng, Negeri Sembilan – Alhamdulillah, telah selesai majlis pecah tanah bagi pembinaan Maahad Tahfiz Integrasi Al-Maghfirah (MATAM) di Lenggeng Negeri Sembilan.
Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Mohd Sahrularifin Bin Ab Manan, Pengerusi Eksekutif Yayasan Maghfirah dan Pengerusi Ahli Pemegang Amanah, Timbalan juga Setiausaha Ahli Pemegang Amanah Tuan Haji Fakrur Radzi Bin Mohd Omar dan Encik Norazlin Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah, Tuan Shuib Norudin.

Maahad Tahfiz Integrasi Al-Maghfirah (MATAM) merupakan sebuah Sekolah Kepimpinan Profesional Huffaz dimana anak-anak ini bukan sahaja belajar Al Quran bahkan belajar sukan sunnah dan ilmu kepimpinan untuk memastikan masa depan negara akan dilapisi pewaris yang bukan sahaja berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah bahkan mampu memimpin dengan ilmu kepimpinan yang terbaik.
Sebuah blok akademik dan asrama yang lengkap akan memberi ruang yang lebih baik untuk 100 orang pelajar yang akan belajar dan menghafaz Al-Quran. Kami mohon doa daripada Tuan, Puan, Dato’ dan Datin agar segala urusan pembinaan MATAM ini dipermudahkan dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.
Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah
#MaahadTahfizAlMaghfirah
#MATAM
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM