Bachok, Kelantan – “Hidup kami, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”, begitulah luahan dari Encik Johari, bapa kepada 4 orang anak. Mereka sekeluarga hidup dengan sangat sederhana. Barangan-barangan yang dimiliki hanya dari pemberian dan bantuan dari orang.
Selain dari kesusahan untuk memastikan bekalan makanan cukup bagi semua ahli, En. Johari turut dikengkang oleh sewa rumah yang terpaksa berhutang kerana kadar sewa dinaikan oleh anak pemilik rumah yang mengambil alih setelah kematian bapanya. Sewa rumah telah dinaikan sebanyak 2 kali setelah diambil alih. En. Johari menyatakan, dia akan terus membayar hutang sewaan setelah dapat duit gajinya namun masih belum dapat lunaskan semuanya.
YM turun bagi memberi sedikit bantuan dari segi keperluan asas berbentuk makanan dan berusaha untuk menyelesaikan hutang sewaan En. Johari.