Alhamdulillah menjelang Hari Raya Aidiladha yang baru saja berlansung beberapa hari yang lalu, YM telah menjalankan amanah Tuan/Puan untuk mengadakan ibadah korban di 9 lokasi dalam dan luar negara.
Untuk pengetahuan anda, Ibadah korban Malaysia dijalankan 4 hari berturut-turut melibatkan 9 lokasi berbeza. Pada Khamis(29/6/2023) Kami berada di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Surau Al Muhajirin, Masjid As-Sobirin Bukit Changgang, Surau Al-Sakinah,YM EDU Lenggeng, Pusat Komuniti YM, dan 3 lokasi di Sabah iaitu Kg Kaiboton Paitan, Kg Wakuba Tawau, dan Lahad Datu.
Mengikut kiraan Jumlah binatang korban mengikut negara seperti di bawah :
🇲🇾 Malaysia: Lembu 15 ekor / 11 ekor kambing
🇱🇰 Sri Lanka: 7 ekor lembu
🇲🇼 Afrika (Malawi):- 14 ekor lembu
🇸🇦 Mekah :- 390 ekor kambing
🇰🇭 Kemboja:- 13 ekor lembu
🇲🇷 Afrika (Mauritania) :-8 ekor lembu
🇧🇩 Bangladesh :- 1 ekor lembu
🇲🇨 Indonesia:- 10 ekor kambing biri-biri
🇪🇬 Mesir :- 5 ekor kambing
Semoga ibadah Tuan/Puan ini diterima oleh Allah dan darah binatang korban yang tumpahnya ke bumi ini menjadi saksi ibadah Tuan/Puan.