KERJASAMA YM BERSAMA ARABIC PALACE RESTAURANT

Alhamdulillah selesai sudah majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOU) antara Yayasan Maghfirah bersama Arabic Palace Restaurant bagi projek Jualan Amal Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ).

Ini merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh syarikat Arabic Palace Restaurant, di mana sebahagian keuntungan syarikat akan dikongsikan bersama para pelajar asnaf Kelas Sahabat Al-Quran untuk terus mendapat pendidikan Al-Quran. Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun bermula pada Februari 2025 – Januari 2026.

Arabic Palace Restaurant (APR) yang menjual makanan arab asli dari Arab Yaman ini ditubuhkan pada tahun 2018 dan terletak di Sg Merab, Kajang Selangor.

Matlamat mereka adalah untuk menyediakan makanan Timur Tengah asli yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mengetengahkan makanan sihat iaitu tidak menggunakan MSG dan menggunakan beras basmathi premium yang rendah glisemik index, di mana ianya sangat baik untuk kesihatan pelanggan mereka.

Semoga MOU yang telah ditandatangani ini memberikan impak positif bagi kedua belah pihak yang terlibat, InsyaAllah.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM500.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *