Kem Tahfiz Maghfirah Junior (TMJ) Siri 2

Lenggeng – Pada 10 hingga 12 Januari 2025, Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM) terus meriah dengan pelbagai aktiviti dari Kem Tahfiz Maghfirah Junior Siri -2 (TMJ). Antara peserta kem kali ini datangnya dari Seri Kembangan, Tasik Senangin dan Sungai Udang Melaka.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah sesi taaruf, tadarus, bacaan Surah Al Mulk, usrah dan sesi selawat dan qasidah bersama2 antara peserta kem, pelajar dan tenaga kerja Maahad Tahfiz Al Maghfirah.

Pada hari ke-2, sebelum subuh, seperti biasa pelajar-pelajar dan tenaga pengajar MATAM melaksanakan qiamullail di surau. Namun hari ini dengan adanya adik2 peserta Kem TMJ, menambah seri lagi acara. Insya Allah adik2 peserta kem TMJ di bantu oleh pelajar-pelajar MATAM sepanjang kem ini.

Perkara yang paling menarik, suara Adik Rizki yang merupakan salah seorang peserta kem, mengalunkan Azan Subuh berkumandang di segenap kawasan Kem hari ini.

Pada belah petang, semua peserta kem bersama pelajar-pelajar MATAM menghadiri pengajian Hadis 40 yang dibimbing sendiri oleh Tuan Mudir, Ustaz Muhammad Faris Baharrudin. Disini para peserta dapat mempelajari bagaimanakah suatu hadis itu dikupas merujuk kepada rujukan yang sahih.

Selepas Asar pula, para peserta dan pelajar MATAM, bersama-sama mengadakan sesi riadah. Yang mana petang ini antara aktiviti yang mereka jalani adalah seperti memanah, berenang, bermain bola sepak, dan macam-macam lagi. Aktiviti sebegini diadakan bagi menyegarkan diri dan melatih peserta kem untuk menjadi seorang yang fokus dan cergas fizikal.

Malam pula, Kem TMJ diteruskan dengan aktiviti indoor yang mengujakan. Selepas sesi tazkirah dan solat isyak, peserta-peserta kem diajar bermain alatan muzik yang sering mengiringi kumpulan selawat dan qasidah. Sesi latihan ini dibantu oleh para pelajar MATAM sendiri.

Selepas 3 hari, Kem Tahfiz Maghfirah Junior Siri-2 telah melabuhkan tirainya. Kem selama 3 hari 2 malam ini, peserta telah merasai bagaimana kehidupan sebagai seorang huffaz di Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM). Kem ini menjadi persediaan adik-adik yang bercita-cita untuk menjadi seorang huffaz yang profesional.

Pelbagai pengalaman yang telah diperolehi, dirasai oleh peserta berdamping dengan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Maghfirah, menjadi pengalaman yang amat berharga buat mereka. Kem ini diakhiri dengan slot Halaqah Hafazan Al-Quran dan perjumpaan bersama ibu bapa peserta.

Semoga kem yang berlangsung selama 3 hari ini, menjadi asbab adik-adik untuk menyambung cita-cita sebagai seorang huffaz profesional pada masa hadapan. InshaAllah, Kem TMJ akan diteruskan lagi dalam masa yang terdekat, nantikan pengumuman daripada kami!

Sekolah Kepimpinan Profesional Huffaz

Maklumat Lanjut, hubungi:
http://wasap.my/60192352494/daftar.kemTMJ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM500.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *