PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam. Susulan penamatan subsidi itu, pihak penternak dilaporkan berharap kerajaan mengapungkan harga ayam.
Rakyat akan terkesan dengan kenaikan harga, kos sara hidup akan lebih tinggi dan paling terkesan adalah yang sudah berumah tangga, bagaimana pula dengan asnaf ?Mesti akan lebih tercabar kehidupan mereka untuk mencari sesuap nasi. Dalam keadaan yang semakin mendesak ini, Yayasan Maghfirah menjalankan kutipan dana bagi membantu asnaf yang kurang bernasib baik dalam menghadapi kenaikan barang yang akan datang.
Mari bersama Yayasan Maghfirah dengan memberi sumbangan agar lebih ramai lagi golongan asnaf dapat dibantu.