Banjir besar berkemungkinan berlaku dalam tempoh tiga hari

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur. Banjir besar berkemungkinan boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari ini susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) yang masih aktif melanda negara.

“Fenomena La Nina dan negatif IOD yang bertindak selari telah merangsang cuaca hujan secara berterusan berlaku beberapa negeri di Malaysia. Tambah beliau, beberapa negeri yang dijangka mengalami kejadian banjir besar antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Bagaimanapun, Azizan memaklumkan fenomena La Nina dan negatif IOD diramal kembali reda pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Yayasan Maghfirah kini sedang merangka strategi bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kawasan. Sebagai tanda sokongan, anda boleh membantu mengikut keupayaan sama ada dari segi tenaga dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Anda juga boleh menyumbang untuk makanan siap masak(Maghfirah Meal), ini bagi memastikan mangsa-mangsa dapat bekalan makanan berat yang mencukupi dan secara panas. Anda juga boleh membantu dari segi kewangan untuk sebarang urusan bantuan semasa bencana.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial