Kuala Lumpur – Pada 18 Disember 2024, telah selesai agihan Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Tiara Permai, Kuala Lumpur. Sebanyak 150 naskah Al-Quran telah diserahkan kepada sekolah bagi kegunaan semua pelajar.
Pentingnya Al-Quran sebagai sumber ilmu dan petunjuk tidak boleh disangkal. Moga usaha ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Kami berharap agar lebih banyak lagi bantuan seperti ini dapat diberikan di masa hadapan.
Terima kasih kepada semua yang menderma dengan kami.